JOM BINA RANGKAIAN PERNIAGAAN BERSAMA KAMI

Sertai kami untuk memulakan perniagaan anda

siapa kami

Pustaka Nadwa Sdn Bhd merupakan pelopor dalam penerbitan bahan-bahan sokongan Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA). Berpengalaman hampir 16 tahun dalam penerbitan bahan-bahan sokongan KAFA dan telah mengembangkan sayapnya kepada penerbitan bahan-bahan sokongan lain dari peringkat Prasekolah sehinggalah kepada bahan bacaan umum. Sehingga hari ini produk Pustaka Nadwa Sdn Bhd telah berada di pasaran hampir keseluruh Malaysia melalui pengedar-pengedar rasmi yang menjalankan pengedaran dan penjualan terus ke pelanggan-pelanggan di sekolah KAFA.

5 FAKTA MENGENAI PUSTAKA NADWA

Lambang Kualiti dan Standard yang Tinggi

Cetusan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran

Lebih 170 produk pelbagai kategori

Jenama no.1 produk sokongan KAFA.

Menyebarkan kesedaran konsep berjemaah/komuniti dalam aspek pendidikan, ekonomi dan lain-lain

Langkah - langkah Mendaftar

Langkah 1

Baca dan fahami terma dan syarat bagi menjadi pengedar kami.

  1. Mewakili pihak syarikat bagi menjalankan kempen pemasaran bagi setiap produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
  2. Menjalankan aktiviti penjualan dan pengedaran produk/perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat.
  3. Membawa imej syarikat melalui produk-produk dan juga perkhidmatan yang disajikan kepada pelanggan.
  4. Membantu menaikkan imej baik syarikat serta menjadikan syarikat sebagai salah satu pilihan utama pelanggan dalam pemilihan produk serta perkhidmatan pendidikan.
  5. Menyampaikan maklum balas pelanggan tentang keberkesanan/penambahbaikan produk-produk syarikat.
  1. Tempahan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal dari tarikh produk hendak digunakan.
  2. Bagi produk yang masih tiada stok, pengedar boleh membuat pra tempahan/pesanan. Tempahan hanya akan diproses setelah adanya stok.
  3. Notifikasi berkaitan kedudukan stok akan dimaklumkan dari masa ke semasa kepada seluruh pengedar yang telah berdaftar.
  4. Tempahan dari pengedar akan diproses dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
  5. Tempahan tidak akan dapat diproses sekiranya pengedar mempunyai baki hutang tertunggak atau telah melebihi had kredit yang dibenarkan.
  1. Pengedar bebas memilih salah satu dari mana-mana pilihan dibawah bagi mendapatkan diskaun sebagai pengedar.
  2. Pengedar adalah tertakluk kepada terma & syarat bagi setiap pilihan diskaun yang telah dibuat.
  3. Pengedar boleh menukar kepada pilihan diskaun yang berbeza pada bila-bila masa selagimana ianya menepati kriteria serta terma & syarat yang telah ditetapkan.
  4. Pilihan diskaun adalah sepertimana berikut:

  1. Pakej ini menawarkan diskaun asas sebanyak  25% dan rebat sebanyak 5% lagi dari jumlah pembayaran  keseluruhan bagi jualan tahun tersebut.
  2. Kaedah pembelian adalah secara kredit.
  3. Terma & syarat untuk melayakkan memilih pakej ini adalah seperti berikut:
    • Minimum order- Pembelian kali pertama tidak kurang daripada Rm5000 selepas diskaun.
    • Minimum jualan- Minimum had jualan yang dicapai setiap tahun tidak kurang dari Rm20,000.00 selepas diskaun.
    • Tempoh kredit- Tempoh masa kredit yang dibenarkan adalah selama 30-60 hari sahaja.
    • Had kredit- Had kredit yang dibenarkan pada satu-satu masa adalah sebanyak Rm10,000.00 sahaja, tempahan berikutnya tidak akan diproses selagimana hutang terdahulu tidak dijelaskan.
    • Bayaran- Pembayaran boleh dibuat secara tunai sama ada melalui pindahan bank, cash deposit, serahan tunai, cek atau PD cek ke syarikat. PD cek hanya dibenarkan bagi tempoh PD cek maksimum 2 minggu dari tarikh serahan cek.
    • Pemulangan- Produk yang tidak terjual hanya boleh dibuat pemulangan pada kadar 10% sahaja dari jumlah tempahan terakhir atau tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat.
    • Rebat- Rebat sebanyak 5% akan dikembalikan kepada pengedar sama ada dalam bentuk bayaran tunai atau credit note setelah urusan jual beli bagi tahun berikut selesai .

  1. Pakej ini menawarkan diskaun sebanyak 40%.
  2. Kaedah pembelian adalah secara tunai sahaja.
  3. Terma & syarat untuk melayakkan pemilihan pakej ini adalah seperti berikut:
    • Minimum order- Pembelian kali pertama mestilah tidak kurang daripada Rm 12,000.00 selepas diskaun.
    • Minimum jualan- Minimum had jualan yang dicapai setiap tahun tidak kurang daripada Rm40,000.00 selepas diskaun.
    • Bayaran- Pembayaran boleh dibuat secara tunai sama ada melalui pindahan bank, cash deposit, serahan tunai, cek pada tarikh pembelian dibuat.
    • Pemulangan- Produk yang tidak terjual hanya boleh dibuat pemulangan pada kadar 10% sahaja dari jumlah tempahan terakhir atau tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat.
    • Lain-lain syarat- Bayaran secara PD cek tidak diterima pakai sebagai pembelian secara tunai.

  1. Pakej ini menawarkan diskaun asas sebanyak 40% dan rebat sebanyak 5% dari jumlah pembayaran keseluruhan bagi jualan tahun tersebut.
  2. Kaedah pembelian adalah secara kredit berdeposit.
  3. Terma & syarat untuk melayakkan pemilihan pakej ini adalah seperti berikut:
    • Minimum order- Pembelian kali pertama mestilah tidak kurang daripada Rm Rm50,000 selepas diskaun.
    • Minimum jualan- Minimum had jualan yang dicapai setiap tahun tidak kurang daripada Rm100,000.00 selepas diskaun.
    • Deposit- Bagi setiap pembelian mestilah disertai dengan deposit sebanyak 70% dari jumlah tempahan pembelian yang dibuat.
    • Tempoh kredit- Tempoh kredit yang dibenarkan adalah 60 hari sahaja.
    • Had kredit- Had kredit yang dibenarkan dalam satu-satu masa adalah sebanyak Rm50,000 sahaja, tempahan berikutnya tidak akan diproses selagimana hutang terdahulu tidak dijelaskan.
    • Bayaran- Pembayaran boleh dibuat secara tunai sama ada melalui pindahan bank, cash deposit, serahan tunai, cek pada tarikh pembelian dibuat.
    • Pemulangan- Produk yang tidak terjual hanya boleh dibuat pemulangan pada kadar 10% sahaja dari jumlah tempahan terakhir atau tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat.
    • Rebat- Rebat sebanyak 5% akan dikembalikan kepada pengedar sama ada dalam bentuk bayaran tunai atau credit note setelah urusan jual beli bagi tahun berikut selesai .
    • Lain-lain syarat- Bayaran secara PD cek diterima pakai tetapi bagi tempoh maksimum 30 hari sahaja daripada  tarikh cek diserahkan kepada pihak syarikat.

  1. Bagi tempahan yang telah diproses, penghantaran produk kepada pengedar akan dibuat dalam tempoh 14 hari setelah tempahan diproses.
  2. Setiap tempahan hanya akan dihantar sekiranya pengedar tidak melanggar mana-mana terma & syarat yang telah dipersetujui semasa menjadi pengedar.
  3. Penghantaran hanya akan dibuat di alamat & lokasi yang telah didaftarkan oleh pengedar.
  4. Penghantaran ke lokasi yang berbeza dari alamat yang telah didaftarkan akan dikenakan caj tambahan.
  5. Pengedar diwajibkan ada bersama ketika penghantaran dibuat bagi mengelakkan sebarang salah faham dari segi jenis produk yang dihantar, kuantiti dan lain-lain lagi.
  6. Kos penghantaran kepada pengedar adalah percuma.
  1. Pemulangan produk hanya dapat dilakukan pada tahun semasa produk dibeli sebelum berakhir Ogos.
  2. Pemulangan hanya diterima bagi kategori:
    • Produk mengalami kerosakan/kecacatan yang bukan disebabkan oleh kecuaian pengedar.
    • Produk tidak habis dijual. Kuantiti pemulangan tertakluk kepada terma & syarat semasa pemilihan diskaun jualan.
    • Produk yang tidak menepati tempahan/pembelian yang dibuat oleh pengedar.
  3. Prosedur pemulangan adalah sepertimana berikut:
    • Pengedar menyenaraikan dan merekod kuantiti & jenis produk yang hendak dikembalikan.
    • Menghubungi pihak syarikat dan menyerahkan senarai pemulangan yang hendak dibuat.
    • Pihak syarikat akan menguruskan pengambilan produk tersebut sama ada melalui perkhidmatan courier atau menggunakan kemudahan sedia ada milik syarikat.
    • Jumlah pemulangan akan ditolak dari hutang pengedar sekiranya ada. Jika tiada, maka pihak syarikat akan mengekalkan rekod tunai dalam akaun pengedar untuk pembelian akan datang. Keduanya tertakluk kepada terma & syarat peratus pemulangan yang dibenarkan semasa pemilihan diskaun dibuat.
    1. Perlantikan sebagai pengedar adalah hak muktamad pihak pengurusan syarikat dan begitu juga hak pemecatan.
    2. Mana-mana pengedar yang melanggar polisi yang ditetapkan berhak untuk dipecat.
    3. Kriteria yang melayakkan pengedar untuk dipecat adalah sepertimana berikut:
      • Melanggar salah satu dari terma & syarat yang telah ditetapkan.
      • Gagal menjaga kualiti servis pemasaran dan pengedaran terhadap pelanggan.
      • Gagal mencapai minima sasaran jualan tahunan yang telah ditetapkan
    Walaupun program ini adalah untuk tahun 2020-2022, pihak Pustaka Nadwa Sdn berhak untuk menukar dan menambahbaik program ini bila-bila masa bersesuaian dengan keadaan semasa dan arah tuju syarikat tanpa memerlukan apa-apa persetujuan dari mana-mana pihak lain.

    Langkah 2

    Pemilihan lokasi (available locations)

    • Daerah Kota Bahru
    • Daerah Pasir Mas
    • Daerah Tumpat
    • Daerah Pasir Putih
    • Daerah Tanah Merah
    • Daerah Kuala Krai
    • Daerah Gua Musang
    • Daerah Bachok
    • Daerah Machang
    • Daerah Jeli

    • Marang
    • Kuala Nerus
    • Kemaman
    • Setiu
    • Besut
    • Hulu Terengganu
    • Kuala Terengganu
    • Dungun

    • Bahagian Pantai Barat Utara
    • Bahagian Pantai Barat Selatan
    • Bahagian Pedalaman Atas
    • Bahagian Pedalaman Bawah
    • Bahagian Sandakan
    • Bahagian Tawau

    • Seremban
    • Tampin
    • Kuala Pilah
    • Jempol
    • Rembau
    • Jelebu

    • Jasin
    • Melaka Tengah
    • Alor Gajah

    • Daerah Timur Laut
    • Daerah Barat Daya
    • Daerah Kepala Batas
    • Daerah Butterworth
    • Daerah Seberang Perai Tengah
    • Daerah Seberang Perai Selatan

    • Bahagian Kuching
    • Bahagian Samarahan
    • Bahagian Serian
    • Bahagian Sri Aman
    • Bahagian Betong
    • Bahagian Sibu
    • Bahagian Sarikei
    • Bahagian Kapit
    • Bahagian Mukah
    • Bahagian Miri
    • Bahagian Bintulu
    • Bahagian Limbang
    • Daerah Lawas
    • Daerah Daro

    Langkah 3

    Lengkapkan borang kami

    Langkah 4

    Tunggu sehingga kami menghubungi anda dalam masa terdekat.

    ms_MYMY
    ms_MYMY en_USEN
    Tak jumpa buku yang dicari? Hubungi saja kami!