JOM BINA RANGKAIAN PERNIAGAAN BERSAMA KAMI

Sertai kami untuk memulakan perniagaan anda

siapa kami

Pustaka Nadwa Sdn Bhd merupakan pelopor dalam penerbitan bahan-bahan sokongan Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA). Berpengalaman hampir 16 tahun dalam penerbitan bahan-bahan sokongan KAFA dan telah mengembangkan sayapnya kepada penerbitan bahan-bahan sokongan lain dari peringkat Prasekolah sehinggalah kepada bahan bacaan umum. Sehingga hari ini produk Pustaka Nadwa Sdn Bhd telah berada di pasaran hampir keseluruh Malaysia melalui pengedar-pengedar rasmi yang menjalankan pengedaran dan penjualan terus ke pelanggan-pelanggan di sekolah KAFA.

5 FAKTA MENGENAI PUSTAKA NADWA

Lambang Kualiti dan Standard yang Tinggi

Cetusan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran

Lebih 170 produk pelbagai kategori

Jenama no.1 produk sokongan KAFA.

Menyebarkan kesedaran konsep berjemaah/komuniti dalam aspek pendidikan, ekonomi dan lain-lain

Langkah - langkah Mendaftar

Langkah 1

Baca dan fahami terma dan syarat bagi menjadi pengedar kami.

  1. Mewakili pihak syarikat bagi menjalankan kempen pemasaran bagi setiap produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
  2. Menjalankan aktiviti penjualan dan pengedaran produk/perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat.
  3. Membawa imej syarikat melalui produk-produk dan juga perkhidmatan yang disajikan kepada pelanggan.
  4. Membantu menaikkan imej baik syarikat serta menjadikan syarikat sebagai salah satu pilihan utama pelanggan dalam pemilihan produk serta perkhidmatan pendidikan.
  5. Menyampaikan maklum balas pelanggan tentang keberkesanan/penambahbaikan produk-produk syarikat.
  1. Tempahan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal dari tarikh produk hendak digunakan.
  2. Bagi produk yang masih tiada stok, pengedar boleh membuat pra tempahan/pesanan. Tempahan hanya akan diproses setelah adanya stok.
  3. Notifikasi berkaitan kedudukan stok akan dimaklumkan dari masa ke semasa kepada seluruh pengedar yang telah berdaftar.
  4. Tempahan dari pengedar akan diproses dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
  5. Tempahan tidak akan dapat diproses sekiranya pengedar mempunyai baki hutang tertunggak atau telah melebihi had kredit yang dibenarkan.
  1. Pengedar bebas memilih salah satu dari mana-mana pilihan dibawah bagi mendapatkan diskaun sebagai pengedar.
  2. Pengedar adalah tertakluk kepada terma & syarat bagi setiap pilihan diskaun yang telah dibuat.
  3. Pengedar boleh menukar kepada pilihan diskaun yang berbeza pada bila-bila masa selagimana ianya menepati kriteria serta terma & syarat yang telah ditetapkan.
  4. Pilihan diskaun adalah sepertimana berikut:

  1. Pakej ini menawarkan diskaun asas sebanyak