Mengenai Laman Web

Pelayar web apa yang menyokong Pustakanadwa.com?

Pustaka Nadwa sesuai dipaparkan dalam Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Bagaimana saya ingin mengubah bahasa paparan?

Tekan pada “MALAY” untuk melihat laman web dalam Bahasa Malaysia dan “ENG” untuk English di tab pilhan bahasa.

Mengenai Produk dan Perkhidmatan

Bagaimana saya ingin mencari buku atau produk?

Masukkan tajuk buku atau nama pengarang atau ISBN atau kata kunci atau kod barang di ruang carian produk dan kemudian tekan pada butang “carian”. Ejen pencarian akan cuba mencari produk yang mempunyai perkataan yang telah dimasukkan tadi.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya buku atau produk yang saya terima rosak atau kuantiti tidak mencukupi atau tajuk buku salah?

Sila hubungi pustakanadwa.com. Bagaimananpun, pustakanadwa.com tidak bertanggungjawab atas kerosakan tersebut sekiranya anda tidak menghubungi pustakanadwa.com melalui emel atau talian telefon dalam masa 10 hari bekerja selepas penerimaan produk tersebut.

Apa yang perlu saya lakukan, sekiranya buku dan produk yang saya pesan telah kehabisan stok dan tidak lagi dicetak?

Pustakanadwa akan hubungi anda secepat yang mungkin dan memberitahu tentang proses pembayaran balik.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tdak menemui tajuk yang saya inginkan?

Sila hubungi Pustakanadwa.com untuk pertanyaan.

Mengenai Pembelian

Bagaimana saya ingin membuat pembelian?

Sila ikut langkah dibawah:

Langkap 1: Cari buku yang anda inginkan dan pilih kuantiti.
Langkah 2: Klik pada butang “tambah ke troli” untuk menambah pilihan barang dalam troli belian.
Langkah 3: Klik pada butang “Lihat Troli” untuk melihat troli belian
Langkah 4: Klik pada “Calculate Shipping” untuk mengira kos pengakutan.
Langkah 4: Klik pada butang “Daftar Keluar” untuk teruskan pada pembayaran
Langkah 5: Pesanan akan diproses selepas anda membuat pembayaran.

Bagaimana saya ingin mengetahui pesanan yang saya lakukan telah berjaya?

Anda akan menerima emel pengesahan daripada Pustakanadwa.com bersama dengan nombor pesanan anda. Anda juga boleh daftar masuk ke akaun anda untuk melihat kembali status pembelian anda.

Bolehkah saya membatalkan pesanan saya selepas pesanan dibuat?

Pustakanadwa.com tidak menerima sebarang pembatalan pesanan setelah pesanan dibuat.

Bagaimana saya ingin menyemak status pesanan saya?

Daftar masuk ke akaun anda. Pergi ke “My Account” Anda boleh menyemak pesanan melalui tab “Order”.

Bagaimana saya ingin mengetahui pesanan saya telah dihantar?

Anda akan menerima email bersama dengan maklumat penghantaran selepas pesanan anda dihantar. Anda juga boleh daftar masuk ke akaun untuk melihat status penghantaran tersebut.

Apakah “Wishlist”?

Wishlist mengandungi senarai item yang anda pilih untuk rujukan anda atau pembelian masa depan.

Mengenai Pembayaran

Bagaimana saya ingin membuat pembayaran?

Pembayaran boleh dibuat mengunakan “Online Payment Gateway” atau “Online bank transfer” atau “Cash deposit” ke dalam akaun bank kami dan hantar bukit pembayaran melalui fax atau emel.

Maklumat akaun bank kami:

Bank: CIMB Bank
Account name: Pustaka Nadwa Sdn Bhd
Account no.: 7063433405
Email add: salesnadwa@gmail.com
Fax no.: +603-8961 7280

Bagaimanakah saya tahu bahawa pembayaran saya berjaya?

Semua pesanan yang berjaya akan menerima email pengesahan yang mengandungi maklumat pesanan anda. Sekiranya anda tidak menerima email tersebut, diminta untuk membuat pesanan kembali. Anda juga boleh menghubungi pustakanadwa.com untuk mengesahkan pesanan anda sudah diterima atau tidak.

Bagaimana saya ingin mendapatkan kembali bayaran balik sekiranya buku yang saya beli tidak ada?

Kami akan buat pembayaran balik terus ke dalam akaun bank pilihan anda.

Mengenai Penghantaran

Apakah tempoh masa penghantaran

Waktu penghantaran adalah 2-7 hari di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada pembayaran produk , kesilapan sistem, lokasi penghantaran dan ketersediaan produk.

Anggaran masa penghantaran tidak termasuk masa 48-jam pemprosesan pesanan. Tidak termasuk hujung minggu atau cuti.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak ada untuk menerima pakej atau bungkusan itu?

Sekiranya tiada siapa yang menerima pakej atau bungkusan, perkhidmatan kurier akan meninggalkan Notis Pengiriman untuk arahan selanjutnya.

Apakah caj penghantaran?

Kos penghantaran dikira secara automatik apabila anda membuat pesanan anda. Anda boleh melihat jumlah caj penghantaran anda pada masa anda membuat pesanan anda.

Bolehkah saya berikan alamat PO Box saya bukan alamat penuh saya?

Sila ambil perhatian bahawa tiada penghantaran boleh dibuat ke alamat PO Box. Kegagalan untuk menyediakan alamat fizikal akan melambatkan penghantaran anda.

Mengenai Akaun

Adakah saya perlu mendaftar untuk membeli?

Tidak perlu. Anda boleh membuat pembelian anda sebagai tetamu. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan akaun untuk memudahkan transaksi masa depan dan juga untuk menjejaki pesanan anda.

Bagaimana saya ingin mewujudkan akaun?

Klik pautan “Buat akaun” di bahagian atas sebelah kanan skrin anda. Isikan butiran anda seperti yang diminta dan klik butang “Serah”. Anda akan menerima e-mel pengesahan.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya lupa nama pengguna / kata laluan saya?

Cuma klik pada “Lupa kata laluan anda?” Dan masukkan alamat e-mel anda.

Pustaka Nadwa Sdn Bhd

Top