ISBN 978-967-2317-72-2

Sehingga kini pendidikan vokasional dan teknikal (voctech) belum menjadi pendidikan arus perdana dalam sistem pendidikan Malaysia.

Persepsi yang kurang baik terhadap pendidikan voctech disebabkan oleh banyak faktor dan diburukkan lagi dengan kecelaruan penawaran program oleh pelbagai kementerian. Persepsi ini menyebabkan sebahagian besar rakyat kurang yakin untuk menyertai pendidikan voctech. Situasi ini telah menghalang penerimaan sebahagian masyarakat kecuali bagi mereka yang telah berpeluang untuk belajar atau bekerja, dan mengalami serta mendapat manafaat daripada pendidikan voctech.

Buku setebal lebih 400 halaman ini, yang dipersembahkan dalam 25 Bab serta infografik berwarna yang menarik, memaparkan perjalanan karier penulis yang bermula di politeknik kemudian dilantik atas kecemerlangan prestasi dan kepimpinannya untuk berbakti di Kementerian Pelajaran sebagai Pengarah Bahagian KPM; yang bertanggungjawab khusus untuk memajukan pendidikan voctech dalam sistem persekolahan di Malaysia, sehingga beliau bersara sebagai orang No.2 KPM.

Inovasi yang dihasilkan dalam tempoh perkhidmatan beliau telah berjaya diungkaikan dengan terperinci di dalam buku ini, wajar menjadi bacaan bagi sesiapa sahaja yang ingin memperjuangkan pendidikan voctech di alaf ini. Buku ini bakal menjadi sumber inspirasi kepada pemimpin pendidikan masa kini dan akan datang.

Sebahagian daripada tindakan transformasinya mencetuskan kontroversi, tetapi keutuhan hasrat yang ditunjangi oleh gaya kepimpinannya membuktikan kejayaan idea yang beliau jelmakan. Kolej vokasional adalah salah satu idea inovasi beliau sendiri, yang diutarakan kepada pegawai-pegawai serta guru-guru dengan penuh komitmen sehingga berjaya meyakinkan pembuat dasar di KPM, dan akhirnya diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet untuk dilaksanakan pada tahun 2012. Pada masa buku ini dihasilkan, graduan lepasan KV telah diterima bekerja di industri tempatan, serta menjawat jawatan tertentu dalam sektor kerajaan dan swasta.

Menariknya, buku ini didatangkan dengan beberapa cadangan kepada kerajaan pada bab terakhir. Cadangan-cadangan tersebut bukannya cadangan sebuah teori semata-matanya namun adalah cadangan yang praktikal dengan mengambil kira pengalaman dan kepimpinannya selama berkhidmat di KPM di samping meneliti sistem voctech yang beliau amati dari 20 negara yang telah dilawati sepanjang kariernya.

Semua orang boleh menulis, namun menulis sebuah pengalaman adalah sangat berbeza dan bermakna kerana pengalaman tidak dapat dibeli di mana-mana. Kita perlu berkhidmat dan bersua dengan pelbagai situasi untuk memperolehi pengalaman dan itulah yang telah diuntaikan oleh Mr Voctech.

Ulasan oleh:
Dr. Syed Ismail Syed Mustafa
Rokiah binti Saad

Weight 1.050 kg

Customer reviews

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mr Voctech Mengungkai Pendidikan Terhalang”

Use one of the allowed file type: jpg,png,jpeg. The max size allowed is : 10 MB.

    blank Mr Voctech Mengungkai Pendidik...

    RM 89.00

    Tebus 29 Token Nadwa dengan membeli buku ini!

    ms_MYMY
    ms_MYMY en_USEN
    Tak jumpa buku yang dicari? Hubungi saja kami!