Pengenalan

PENGENALAN

Selamat datang ke laman web Pustakanadwa.com. Dengan mengakses atau membeli di Pustakanadwa.com, anda bersetuju untuk terikat dengan Syarat Penggunaan, serta dasar lain yang disenaraikan di bawah. Pustakanadwa.com berhak, menambah, mengubah, atau mengalih keluar mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Perubahan ini akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di Pustakanadwa.com. Sekiranya anda terus menggunakan pustakanadwa.com selepas terdapat perubahan yang dipaparkan tindakan itu dianggap sebagai penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.

Penggunaan Laman

PENGGUNAAN LAMAN

Perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan Pustakanadwa.com mungkin memerlukan pendaftaran atau langganan. Sekiranya anda memilih untuk mendaftar atau melanggan mana-mana perkhidmatan atau produk yang berkaitan, anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini tentang diri anda, dan perlu segera mengemas kini maklumat tersebut jika terdapat sebarang perubahan. Setiap pengunjung yang ingin membeli produk di Pustakanadwa.com perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai hak undang-undang yang sah untuk menggunakan kad kredit atau kaedah pembayaran dalam talian yang lain.

Setiap pengguna Pustakanadwa.com bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan ID dan kata laluan masuk anda selamat dan terjamin keselamatannya. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda, sama ada dibawah pengetahuan anda atau tidak.

Anda hendaklah memberitahu Pustakanadwa.com dengan segera tentang penggunaan akaun anda yang tidak mendapat kebenaran daripada anda. Pustakanadwa.com tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, dengan apa cara sekalipun untuk sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripadanya, atau berkaitan dengan kegagalan anda untuk mematuhi seksyen ini.

Kontrak

KONTRAK

Kontrak pembelian terbentuk sebaik sahaja pesanan anda diterima oleh Pustakanadwa.com. Anda mengakui tentang kandungan pembelian dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini.

Harga, Pesanan dan Pembayaran

HARGA, PESANAN DAN PEMBAYARAN

Harga dan produk boleh ditukar pada bila-bila tanpa sebarang notis. Harga yang dipersetujui oleh anda untuk membeli produk adalah harga yang dinyatakan dalam Pustakanadwa.com semasa anda membuat pesanan. Anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat tambahan, selain nombor telefon dan alamat, sebelum kami menerima pesanan tersebut. Bayaran untuk produk hendaklah dibuat sepenuhnya sebelum penghantaran fizikal.

Kami berjanji akan memberikan maklumat yang paling tepat mengenai harga di Pustakanadwa.com kepada para pelanggan kami. Sekiranya harga produk tidak dipaparkan dengan betul, Pustakanadwa.com berhak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan. Sekiranya terdapat kesalahan pada paparan produk, kami akan menghubungi anda untuk membatalkan pesanan dan memberitahu anda tentang pembatalan tersebut. Kami mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan sama ada pesanan tersebut telah disahkan dan anda telah membuat bayaran.

Penghantaran

PENGHANTARAN

Pustakanadwa.com akan menguruskan kurier bagi pihak anda, menyerahkan barangan yang dibeli ke tempat yang ditetapkan oleh anda dan dipersetujui oleh pustakanadwa.com. Sila ambil perhatian bahawa tempoh penghantaran seperti yang disebutkan di Pustakanadwa.com hanyalah anggaran tempoh penghantaran dan tidak boleh dianggap sebagai jaminan. Anda boleh menghubungi kami atau menghantar pertanyaan kepada kami untuk tujuan pengesanan sekurang-kurangnya 7 hari bekerja selepas anda membuat pesanan.

Polisi Pemulangan

POLISI PEMULANGAN

Tiada pembatalan pesanan atau bayaran balik akan dilayan, melainkan produk yang anda perlukan telah kehabisan stok. Pustakanadwa.com akan memaklumkan kepada anda secepat yang mungkin sekirannya keadaan ini terjadi. Anda boleh menggantikan produk tersebut dengan produk yang sama jumlahnya atau kami akan membuat bayaran balik mengikut harga asal produk tersebut.

Polisi Perolehan

POLISI PEROLEHAN

Sebaik sahaja produk telah dijual, Anda tidak boleh membuat sebarang penukaran kecuali:

  • Produk yang diterima adalah berbeza daripada apa yang dinyatakan pada invois iaitu barangan yang dihantar adalah salah.

Penerimaan Produk

PENERIMAAN PRODUK

Kami menganggap anda telah menerima produk dalam keadaan baik dan mengikut kontrak melainkan anda memberitahu Pustakanadwa.com tentang produk yang anda terima salah atau tidak lengkap dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan.

Keselamatan dan Privasi

KESELAMATAN DAN PRIVASI

Hak privasi anda adalah penting bagi kami. Oleh itu, Pustakanadwa.com berjanji untuk bertanggungjawab menjaga maklumat peribadi dan melindungi privasi anda dengan sebaik mungkin.

Umumnya, kami menggunakan maklumat anda untuk tujuan pentadbiran seperti memproses, mengesahkan dan menghantar pesanan anda. Sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap produk, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk menghubungi dan memberitahu anda mengenai perubahan tersebut. Pustakanadwa.com tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa kebenaran terlebih dahulu.

Liabiliti

LIABILITI

1. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang salah atau tidak lengkap yang diterima pada pembelian anda, Pustakanadwa.com tidak akan bertanggungjawab melainkan diberitahu dalam masa tiga hari selepas penerimaan.

2. Sebarang bentuk perkhidmatan atau tempoh penghantaran yang dinyatakan dalam Pustakanadwa.com adalah anggaran sahaja dan Pustakanadwa.com tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung yang timbul akibat daripadanya kerana tiada jaminan terhadap perkara tersebut.

3. Sebarang kesilapan tipografi dalam Pustakanadwa.com, sebut harga, senarai harga, invois atau dokumen lain yang dikeluarkan oleh Pustakanadwa.com adalah tertakluk kepada pembetulan.

4. Pustakanadwa.com tidak menjamin bahawa laman web, pelayan atau e-mel yang dihantar dari Pustakanadwa.com adalah bebas daripada virus atau komponen berbahaya yang lain.

Hak Cipta dan Trademark

HAK CIPTA DAN TRADEMARK

Anda bersetuju bahawa kami berhak mengekalkan pemilikan semua hak harta intelek dalam apa-apa jenis yang berkaitan dengan Pustakanadwa.com dan perkhidmatannya, termasuk hak cipta, cap dagang dan hak proprietari yang berkenaan. Termasuklah semua reka bentuk laman web, tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, imej dan kod adalah kekal hak cipta Pustakanadwa.com. Anda tidak boleh mengubah, memuat naik, menyiarkan, mengeluarkan semula kandungan dalam Pustakanadwa.com tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Undang-undang Yang Dikuatkuasakan

UNDANG-UNDANG YANG DIKUATKUASAKAN

Terma dan Syarat ini akan dikuatkuasa oleh dan ditafsirkan dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Pustaka Nadwa Sdn Bhd

Top